Wednesday, June 23, 2010

Hari ini adalah realiti, Semalam adalah kenangan, Esok adalah mimpi yang belum pasti.

Begitu cepat masa berlalu...sedar tak sedar, telah pun 6 bulan kita melewati tahun 2010 dengan pelbagai rasa, pandangan, sentuhan, pendengaran dan suarakan... Suka duka kehidupan kita laluinya tanpa menyedari hari berlalu begitu pantas.Hari yang kita tinggalkan adalah menjadi kenangan dan memori di dalam hidup. Namun hari yang berlalu juga tak mampu kita undur kembali. Apa yang pasti, hari ini yang kita harus tempuhi dan hari esok yang akan kita perjuangkan...

Hiduplah kita dengan nikmat Allah yang tidak terhingga ini...Syukurlah ke hadrat Ilahi dengan apa yang kita telah milikki pada hari ini. Hindarkan segala rungutan, fokuskan diri dengan apa yang kita perjuangkan, tenangkan hati, lapangkan dada, bukakan minda seluas-luasnya. Terdapat banyak perkara yang harus kita laksanakan dan masih terlalu banyak yang belum kita lakukan.Jangan buang masa dengan perkara yang tidak berfaedah untuk diri sendiri dan orang sekeliling.

Sebagai insan,adalah penting untuk menghargai insan lain di dalam hidup ini. Cubalah bantu apa yang terdaya, luangkan masa untuk memberi khidmat yang terbaik, tawarkan diri untuk membuat kebajikan. Sseandainya kita tak mampu nak bantu orang lain, sekurang-kurangnya janganlah cuba menyusahkan orang lain dengan tindakan dan pemikiran kita yang tidak rasional.

No comments:

Post a Comment