Saturday, February 27, 2010



KENALI KAUNSELOR ANDA

Cr. Che Manisah Che Mohd Yusof mula bertugas sebagai kaunselor di UiTM Johor, Kampus Segamat pada 18 April 2005. Setelah berkhidmat selama 3 tahun di sana, kini mencurahkan khidmat bakti bermula 9 Mac 2008 di UiTM Kelantan Kampus Kota Bharu. Mendapat pendidikan penuh dalam kaunseling di Universiti Malaya Kuala Lumpur di peringkat Sarjana Muda Kaunseling. Juga telah diiktiraf sebagai Kaunselor Berdaftar oleh Lembaga Kaunselor Malaysia.

Oleh itu, anda boleh berbincang dengan Kaunselor anda dengan terbuka mengenai:

Soal Peribadi

Memberikan peluang kepada pelajar untuk membincangkan apa sahaja perkara yang difikirkan penting bagi perkembangan diri sendiri dalam kehidupan sehari-hari, seperti masalah kesihatan, percintaan dan lain-lain.

Soal Akademik

Kursus kurang bersesuain dengan diri, menentukan kesesuaian minat dan personaliti, teknik pembelajaran betul, disiplin belajar, soal pointer dan lain-lain.

Soal keluarga
Kerisauan tentang bebanan keluarga, kematian ahli keluarga tersayang, rindu keluarga dan sebagainya.

Kerjaya

Tips menulis resume, teknik-teknik menghadapi temuduga, memilih kerjaya sesuai, menyediakan senarai nama pelajar tahun akhir atas permintaan pihak organisasi luar, menganjurkan ceramah-ceramah kerjaya dan temuduga terbuka, dan lain-lain lagi.

Kaunselor boleh juga menjadi teman anda berbicara. Segala yang dibincangkan adalah perjanjian rahsia di antara anda dan kaunselor. Bertandanglah di bilik Kaunselor anda ini secara sukarela melalui datang terus atau temujanji. Sila hubungi saya ditalian 09-7417770 untuk urusan temujanji atau melalui Yahoo Messenger (YM) randai2010@yahoo.com dan juga melalui Student Portal.

PENGENALAN UNIT KERJAYA DAN KAUNSELING

UNIT KERJAYA DAN KAUNSELING
BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI
UiTM KELANTAN KAMPUS KOTA BHARU

VISI

Melahirkan individu dan mahasiswa unggul yang menjadi aset Negara dalam pelbagai bidang

MISI

Melahirkan individu dan mahasiswa yang berpersonaliti unggul, seimbang dari segi Kognitif (IQ), Afektif (EQ) dan Kerohanian (SQ)

OBJEKTIF

1. Membentuk Mahasiswa yang bermotivasi tinggi dan kental dalam menghadapi cabaran

2. Membantu mahasiswa dalam membangun potensi yang sedia ada dalam pelbagai bidang yang diceburi

3. Pembentukan insan yang seimbang dan berdisiplin

4. Melahirkan sikap berdaya saing, dinamik, kreatif dan produktif

5. Menyemai daya kepimpinan diri supaya mampu melaksanakan tugas, peranan dan tanggungjawab secara dedikasi, amanah dan tawadhuk.

PENGENALAN KEPADA UNIT KERJAYA DAN KAUNSELING

Unit kerjaya dan Kaunseling ini merupakan khidmat membantu individu dalam proses pemahaman diri, penerimaan diri, membuat perancangan masa depan dan mampu menguruskan halangan yang mengganggu diri dan persekitaran di samping bimbingan cara penyelesaian masalah yang dihadapi. Oleh itu, proses perhubungan ini berdasarkan kepada prinsip-prinsip psikologi mengikut kod etika kaunseling yang telah ditetapkan.

SEJARAH PENUBUHAN

Unit Kerjaya dan Kaunseling Universiti Teknologi MARA Kelantan Kampus Kota Bharu mula ditubuhkan pada 9 Mac 2008 dan kaunselor pertama yang menjawat jawatan ini adalah cr. Che Manisah Che Mohd Yusof. Unit ini merupakan sebahagian daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni yang terletak di bangunan Pentadbiran.

TUJUAN PENUBUHAN UNIT KERJAYA DAN KAUNSELING

Seseorang individu atau klien bermasalah selalunya berkaitan dengan kekurangan maklumat dan panduan. Oleh yang demikian, melalui khidmat bimbingan, dan kaunseling daripada kaunselor, klien dapat memperolehi gambaran (kefahaman) yang jelas berhubung dengan masalah dan persekitarannya. Berikut adalah falsafah bagi mencapai tujuan penubuhan Unit Kerjaya dan kaunseling:

1. Unit kerjaya dan kaunseling adalah proses pendidikan terancang dan berterusan

2. Unit kerjaya dan kaunseling adalah untuk semua pelajar dan mereka yang memerlukannya (termasuklah staf UiTM dan pihak luar)

3. Semua pelajar mempunyai hak untuk mendapatkan pertolongan apabila memerlukan

4. Unit kerjaya dan kaunseling diwujudkan untuk menolong pelajar memahami dirinya dan orang lain dengan mendalam serta menjelajah tujuan hidup dengan lebih berkesan

5. Unit kerjaya dan kaunseling adalah untuk melayan keperluan pelajar bagi perkembangan potensi dan kebolehan individu

6. Unit kerjaya dan kaunseling menolong individu menyedari kelemahan dan memberi fokus kepada kekuatannya

RASIONAL PERKHIDMATAN KAUNSELING

1. Kewujudan ketegangan dan ketidakpuasan yang dirasai

2. keperluan sokongan dalam menghadapi krisis dan masalah

3. Prestasi akademik yang tidak memuaskan dan tingkahlaku yang tidak baik

4. Kebimbangan tentang kemahiran dan kemampuan

5. Kebosanan dan kekurangan pergerakan atau maklumat kerjaya

6. Ketidakseimbangan emosi

7. Masalah peribadi dan konflik keluarga