Wednesday, June 23, 2010
Hari ini adalah realiti, Semalam adalah kenangan, Esok adalah mimpi yang belum pasti.
Hiduplah kita dengan nikmat Allah yang tidak terhingga ini...Syukurlah ke hadrat Ilahi dengan apa yang kita telah milikki pada hari ini. Hindarkan segala rungutan, fokuskan diri dengan apa yang kita perjuangkan, tenangkan hati, lapangkan dada, bukakan minda seluas-luasnya. Terdapat banyak perkara yang harus kita laksanakan dan masih terlalu banyak yang belum kita lakukan.Jangan buang masa dengan perkara yang tidak berfaedah untuk diri sendiri dan orang sekeliling.
Sebagai insan,adalah penting untuk menghargai insan lain di dalam hidup ini. Cubalah bantu apa yang terdaya, luangkan masa untuk memberi khidmat yang terbaik, tawarkan diri untuk membuat kebajikan. Sseandainya kita tak mampu nak bantu orang lain, sekurang-kurangnya janganlah cuba menyusahkan orang lain dengan tindakan dan pemikiran kita yang tidak rasional.
Tuesday, March 23, 2010
IKLAN KERJAYA
JABATAN TENAGA KERJA, KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA akan melaksanakan MAJLIS PELANCARAN JOBMALAYSIA CENTRE PADA 25 MAC 2010 JAM 2.00 – 5.00 PETANG DI JOBMALAYSIA CENTRE, WISMA PERKESO, JALAN KOTA DARUL NAIM, KOTA BHARU, KELANTAN.
Antara Pengisian Program yang bermula jam 8.00 pagi – 5.00 petang pada tarikh dan tempat yang sama adalah:
TEMUDUGA TERBUKA
KLINIK KERJAYA
CERAMAH KERJAYA
PENDAFTARAN PENCARI KERJA
PAMERAN KERJAYA
Sekiranya berminat untuk hadir atau sebarang pertanyaan, bolehlah terus berjumpa Puan Che Manisah Che Mohd Yusof, Kaunselor atau Cik Che Surmaiza Yaacob, Pegawai Eksekutif, Bahagian HEP & Alumni, Aras 1, Blok C, UiTMKB.
Mohon kerjasama untuk mendaftarkan diri secepat mungkin bagi tujuan tempahan bas dan urusan yang berkaitan.
Sekian, terima kasih.
10 LANGKAH KE ARAH KESIHATAN MENTAL YANG POSITIF
- Menerima kenyataan diri secara realistik
- Mengendali masa dengan baik (time management)
- Merancang perubahan dalam kehidupan secara bijak
- Memupuk hubungan harmoni dan kasih sayang dengan ahli keluarga dan orang lain
- Menjaga kesihatan fizikal
- Menyediakan masa untuk aktiviti fizikal dan riadah
- Memastikan rehat dan tidur yang cukup
- Mengendalikan tekanan mental secara berkesan
- Mengamalkan asas-asas kerohanian yang baik
- Berkongsi masalah dengan orang lain dan mendapat pertolongan professional sekiranya perlu
Saturday, February 27, 2010
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgD4VoCjKDnNNwgBiyxzZId876Xs0LGeoAXgOYX5Jvcqk-H5FMn8b_mFzH2a4CogJdS4vXYOgD5gU588KGc_d3xFiCZzf8GIquMxast1qhhjEVi3ZHu1qfL3kNWwDfZDSzo52gS6WssoZM/s320/images.jpg)
KENALI KAUNSELOR ANDA
Cr. Che Manisah Che Mohd Yusof mula bertugas sebagai kaunselor di UiTM Johor, Kampus Segamat pada 18 April 2005. Setelah berkhidmat selama 3 tahun di sana, kini mencurahkan khidmat bakti bermula 9 Mac 2008 di UiTM Kelantan Kampus Kota Bharu. Mendapat pendidikan penuh dalam kaunseling di Universiti Malaya Kuala Lumpur di peringkat Sarjana Muda Kaunseling. Juga telah diiktiraf sebagai Kaunselor Berdaftar oleh Lembaga Kaunselor Malaysia.
Oleh itu, anda boleh berbincang dengan Kaunselor anda dengan terbuka mengenai:
Soal Peribadi
Memberikan peluang kepada pelajar untuk membincangkan apa sahaja perkara yang difikirkan penting bagi perkembangan diri sendiri dalam kehidupan sehari-hari, seperti masalah kesihatan, percintaan dan lain-lain.
Soal Akademik
Kursus kurang bersesuain dengan diri, menentukan kesesuaian minat dan personaliti, teknik pembelajaran betul, disiplin belajar, soal pointer dan lain-lain.
Soal keluarga
Kerisauan tentang bebanan keluarga, kematian ahli keluarga tersayang, rindu keluarga dan sebagainya.
Kerjaya
Tips menulis resume, teknik-teknik menghadapi temuduga, memilih kerjaya sesuai, menyediakan senarai nama pelajar tahun akhir atas permintaan pihak organisasi luar, menganjurkan ceramah-ceramah kerjaya dan temuduga terbuka, dan lain-lain lagi.
PENGENALAN UNIT KERJAYA DAN KAUNSELING
BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI
UiTM KELANTAN KAMPUS KOTA BHARU
VISI
Melahirkan individu dan mahasiswa unggul yang menjadi aset Negara dalam pelbagai bidang
MISI
Melahirkan individu dan mahasiswa yang berpersonaliti unggul, seimbang dari segi Kognitif (IQ), Afektif (EQ) dan Kerohanian (SQ)
OBJEKTIF
1. Membentuk Mahasiswa yang bermotivasi tinggi dan kental dalam menghadapi cabaran
2. Membantu mahasiswa dalam membangun potensi yang sedia ada dalam pelbagai bidang yang diceburi
3. Pembentukan insan yang seimbang dan berdisiplin
4. Melahirkan sikap berdaya saing, dinamik, kreatif dan produktif
PENGENALAN KEPADA UNIT KERJAYA DAN KAUNSELING
SEJARAH PENUBUHAN
TUJUAN PENUBUHAN UNIT KERJAYA DAN KAUNSELING
Seseorang individu atau klien bermasalah selalunya berkaitan dengan kekurangan maklumat dan panduan. Oleh yang demikian, melalui khidmat bimbingan, dan kaunseling daripada kaunselor, klien dapat memperolehi gambaran (kefahaman) yang jelas berhubung dengan masalah dan persekitarannya. Berikut adalah falsafah bagi mencapai tujuan penubuhan Unit Kerjaya dan kaunseling:
1. Unit kerjaya dan kaunseling adalah proses pendidikan terancang dan berterusan
2. Unit kerjaya dan kaunseling adalah untuk semua pelajar dan mereka yang memerlukannya (termasuklah staf UiTM dan pihak luar)
3. Semua pelajar mempunyai hak untuk mendapatkan pertolongan apabila memerlukan
4. Unit kerjaya dan kaunseling diwujudkan untuk menolong pelajar memahami dirinya dan orang lain dengan mendalam serta menjelajah tujuan hidup dengan lebih berkesan
5. Unit kerjaya dan kaunseling adalah untuk melayan keperluan pelajar bagi perkembangan potensi dan kebolehan individu
RASIONAL PERKHIDMATAN KAUNSELING
1. Kewujudan ketegangan dan ketidakpuasan yang dirasai
2. keperluan sokongan dalam menghadapi krisis dan masalah
3. Prestasi akademik yang tidak memuaskan dan tingkahlaku yang tidak baik
4. Kebimbangan tentang kemahiran dan kemampuan
5. Kebosanan dan kekurangan pergerakan atau maklumat kerjaya
6. Ketidakseimbangan emosi